Tempatan

Kuota Bumiputera: HEYA Gesa Kerajaan Laksana Kuota Tidak Berasaskan Kaum

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Julai 2023 – Persatuan Pengajian Tinggi Malaysia (HEYA) menggesa pihak Kerajaan melaksanakan sistem kuota yang lebih pelbagai, saksama dan inklusif berbanding pendekatan berasaskan kaum di institusi pengajian tinggi.

HEYA dalam satu kenyataan telah merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sewaktu acara “Temu Anwar” di Universiti Utara Malaysia berhubung kuota Bumiputera dan Melayu dalam pendidikan yang perlu dikekalkan bagi mengimbangi nisbah etnik pelajar di Institusi Pengajian Tinggi.

Dalam kenyataan tersebut, HEYA menyatakan ketidaksetujuannya terhadap sistem pengajian tinggi Malaysia ketika ini yang harus meneruskan sistem kuota berdasarkan etnik atau kaum.

“Sistem kuota seperti ini tidak lagi mencerminkan realiti sosial dalam konteks Malaysia yang lebih luas. Malah, halangan sebenar kepada ekuiti pendidikan yang tulen dan teguh dalam era semasa adalah lebih umum dengan pendapatan keluarga, capaian digital dan kemerosotan peribadi.”

BACA JUGA: Tukar Tanah Wakaf Jadi TRM Bertentangan Dengan Perlembagaan – Datuk Seri Hishamuddin

BACA JUGA: Air Bersih: Penyahgaraman Air Laut Adalah Pilihan Terakhir – SPAN

BACA JUGA: YDP Agong Titah Rakyat Berhati-Hati Pilih Lokasi Riadah

“Oleh itu, kami dengan ini mencadangkan sistem kuota yang lebih pelbagai, saksama dan inklusif yang memastikan keseimbangan komposisi pelajar di institusi pengajian tinggi di mana ia mesti mengambil kira tiga perspektif berikut dan bukannya berasaskan etnik dan kaum,” katanya.

HEYA justeru mencadangkan tiga perspektif melibatkan modal ekonomi, modal sosial dan modal budaya.

Katanya, bagi faktor ekonomi, pelajar dari pendapatan isi rumah yang rendah patut mendapat kelebihan daripada sistem kuota bagi memastikan ekuiti pendidikan ditegakkan buat masyarakat yang kurang berkemampuan dari segi ekonomi.

Bagi faktor sosial pula, hendaklah dipertimbangkan serta mengambil kira jurang digital dalam kalangan pelajar dari kawasan pedalaman atau kurang membangun.

Manakala, bagi faktor budaya pula, keutamaan hendaklah diberikan kepada pelajar daripada keluarga ibu atau bapa tunggal, anak yatim atau mereka yang kurang upaya atau cacat.

Sehubungan itu, HEYA menyeru Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mempertimbangkan faktor-faktor tersebut dalam menggubal sistem kuota daripada menggunakan sistem kuota etnik kaum yang hanya akan membuka jurang ketidaksamaan dalam membantu masyarakat yang kurang bernasib baik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: