Tempatan

Papan Tanda Di Perlis Wajib Guna Jawi Mulai 1 Feb

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KANGAR, 11 Januari 2024 – “Bermula 1 Februari akan datang, kita akan mewajibkan setiap papan tanda premis perniagaan serta iklan di negeri ini mempunyai tulisan jawi,” kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Perlis, Asrul Aiman Abd Jalil.

Menurut beliau, ia melibatkan permohonan baru bagi mana-mana premis perniagaan yang hendak menaikkan papan tanda baharu tanpa mengganggu papan tanda iklan sedia ada.

Katanya, penguatkuasaan tersebut termasuklah pada papan tanda iklan atau ‘billboard’ serta papan tanda jalan di taman perumahan di mana kerangka garis panduan bagi penguatkuasaan tersebut telah pun berada pada fasa terakhir untuk ditetapkan.

Jelas beliau, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli juga sudah mewarwarkan perkara tersebut sebelum ini berhubung usaha untuk menghidupkan tulisan jawi kepada masyarakat supaya ia lebih dikenali sebagai satu bentuk tulisan asal yang sudah lama digunakan di negara ini.

“Selain itu, ramai generasi hari ini tidak begitu tahu tulisan ini. Jadi ini juga adalah usaha untuk mendedahkan semula tulisan ini dan menambah pengetahuan mereka,” katanya lanjut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: