Antarabangsa

Briged Hindutva Seru Boikot Kedai Umat Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 05 OKTOBER 2022 – Para aktivis Hindu di Karnataka telah memulakan kempen memboikot daging halal ketika sambutan perayaan Navratri di bandar tersebut.

Ketika musim perayaan Hindu di selatan Karnataka, daging digunakan sebagai alat sembahan kepada nenek moyang keluarga penganut Hindu dan pada masa yang sama, mereka pula memakan makanan yang berasaskan haiwan.

Kempen memboikot daging halal tersebut telah dimulakan ketika musim sambutan perayaan itu di mana daging mestilah dibeli hanya di kedai-kedai orang Hindu.

Seorang aktivis Hindu dan pemilik kedai, Mune Gowda menjelaskan bahawa sebuah perjumpaan yang melibatkan pemimpin-pemimpin Hindu akan diaturkan pada Isnin hadapan untuk membincangkan hal kempen boikot ini. Menurutnya lagi,

“Kempen Sembelihan Jhatka (kaedah sembelihan yang dilakukan oleh orang Hindu) hendaklah diteruskan.”

Gowda turut menjelaskan bahawa sebelum ini, ketika seruan memboikot itu mula dilaungkan, ia telah menerima maklum balas yang positif dalam kalangan penganut Hindu. Kini, kempen dari pintu ke pintu dan pemberian kertas maklumat pula akan dijalankan.

Kempen yang sama juga akan diteruskan dengan penggunaan media sosial, selain daripada secara fizikal di kuil-kuil berhampiran.

Pemboikotan daging Halal telah menjadi berita nasional ketika berlakunya krisis Hijab di Karnataka. Para aktivis Hindu telah memboikot peniaga-peniaga Muslim bagi menunjukkan protes mereka terhadap keputusan kehakiman Mahkamah Tinggi Karnataka berkenaan hijab.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: