Tempatan

Melayu Paling Tinggi Enggan Ambil Booster – Menteri Kesihatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 19 Februari 2022 – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan wujudnya jurang yang amat ketara antara penerimaan dos penggalak dan PICKids antara kaum Melayu berbanding kaum yang lain.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: KKM Sahkan Ribuan Kes Kesan Mudarat Serius Vaksinasi

BACA: Jangkitan Covid-19 Israel Mencanak Naik 9,893% Selepas Dos Penggalak

“Apa yang kita tahu sekarang ini, keengganan menerima dos penggalak atau PICKids dalam kalangan masyarakat Melayu agak tinggi.”

Menurut beliau, perkara ini bukan dilihat dari sudut perkauman tapi angka itu sangat ketara di mana satu kaum menunjukkan penerimaan dos penggalak sangat tinggi dan kaum lain pula sebaliknya.

“Maka, saya rasa kalau kita tidak mengambil kira maklumat tersebut, kita tidak akan dapat melakukan intervensi yang berkesan.”

Perkara itu dimaklumkan oleh beliau dalam sidang media Menteri Kesihatan pada 17 Februari 2022, yang turut melaporkan mengenai perkembangan harian Covid-19 di Malaysia.

Baru-baru ini, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dalam mengulas tentang dos ketiga, beliau menyatakan bahawa masyarakat perlu memastikan keselamatan diri dan melakukan ‘istikharah’ dahulu sebelum membuat keputusan.

Mufti tersebut menyifatkan dos pertama dan kedua adalah sebagai sebuah “keperluan”.

Namun, dos ketiga mungkin membawa kebaikan atau mungkin juga pembaziran dan penderitaan, ujar beliau di akaun Twitter miliknya.

“Pastikan keselamatan diri sebelum melangkah pergi. Istikharah dahulu sebelum keputusan diambil,” pesan beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: