Antarabangsa

‘Bregret’ Sentimen Baharu UK Hadapi Krisis Ekonomi Pasca Brexit

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 24 November 2022 – Bregret kini menjadi sentimen baharu di United Kingdom (UK) susulan krisis ekonomi yang berlaku pasca Brexit, lapor sebuah agensi berita antarabangsa.

Brexit ini merupakan nama gabungan daripada ‘Britain’ dan ‘Exit’ yang diberikan kepada UK ketika meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Januari 2020.

Lapor agensi itu, Brexit menjadi punca kepada krisis ekonomi yang berlaku di Britain dan isu ini kembali tercetus pada minggu lalu apabila 56 peratus tinjauan menunjukkan tindakan UK yang meninggalkan EU adalah satu kesilapan manakala hanya 32 daripadanya masih menunjukkan sokongan pada Brexit.

Menurut pakar ekonomi, Brexit telah dikecam sejak krisis kewangan yang berlaku pada tahun 2009 berhubung pertumbuhannya yang tidak stabil susulan kurangnya pelaburan serta kemerosotan produktiviti.

Kumpulan pemantau fiskal, Office for Budget Responsibility turut menyatakan bahawa Brexit telah memberikan “impak buruk yang ketara” ke atas perdagangan Britain.

Ia juga telah menjadi punca kepada kekurangan buruh di dalam pelbagai perniagaan seperti restoran dan syarikat trak di London.

Bagaimanapun, menurut laporan daripada The Sunday Times of London, Perdana Menteri Rishi Sunak menunjukkan sokongannya pada Brexit dan berkata bahawa UK tidak akan meneruskan sebarang hubungan dengan Eropah yang bergantung pada penjajaran undang-undang EU.

“Saya sokong Brexit dan saya percaya pada Brexit.”

“Saya tahu bahawa Brexit boleh memberikan dan sudah pun memberikan manfaat dan peluang yang besar untuk negara,” kata Sunak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: