Tempatan

‘Kafir Zimmi’ Jika Bukan Islam Akur Perlembagaan – Mufti Pahang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 06 Disember 2022 – “Mereka akur kepada titah Yang di-Pertuan Agong (berkenaan pembentukan Kerajaan), akur dengan undang-undang negara, hak Islam, hak orang Melayu seperti mana termaktub, mereka ‘Kafir Zimmi’.”

Kenyataan itu dikeluarkan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman menurut satu laporan yang merujuk kepada semua pihak termasuk Democratic Action Party (DAP) yang kini merupakan sebahagian daripada Kerajaan baru di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.

Beliau menjelaskan, ‘Kafir Zimmi’ ini adalah pemimpin bukan Islam yang bersama dalam penubuhan Kerajaan pimpinan umat Islam dan akur dengan ketetapan pembinaan negara.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan sekiranya mereka yang bukan Islam ini menentang Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan agama Islam dan orang Melayu maka, mereka akan terkeluar daripada kategori ‘Kafir Zimmi’.

“Semua pihak kena terima, tak boleh pertikai tentang kedudukan Islam dan hak orang Melayu seperti mana termaktub. Jika DAP pertikai itu bermakna mereka tidak faham.

Kalau mereka cuba nak ubah kita kena tentang,” katanya kepada sebuah agensi media tempatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: