Terkini

Bot Nusa Tenggara Timur Terbakar, 14 Maut di Indonesia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 26 Oktober 2022 – Seramai 14 penumpang maut dalam kejadian bot terbakar berhampiran Nusa Tenggara Timur pada petang Isnin.

Kapal KM Express Cantika 77 yang membawa sekurang-kurangnya 240 penumpang itu terbakar ketika menuju ke Kalabahi, Pulau Alor, Indonesia.

Kapal itu dilaporkan berlepas dari Kupang di Nusa Tenggara Timur dan berada lebih 100 kilometer dari Kalabahi ketika kebakaran dikesan di dek belakang, lapor media antarabangsa.

Menurut agensi penyelamat Kupang Basarnas, 14 orang disahkan maut manakala 144 mangsa lain telah diselamatkan.

Seramai 51 anggota dan bot penyelamat manakala nelayan tempatan turut membantu usaha mencari baki penumpang.

Setakat ini punca kebakaran masih belum diketahui.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: