Geo Politik

‘Boojahideen’ Amerika: Pelan Pembangunan Boogaloo Bois untuk Libertarianisme Ekstrim dan Respons terhadap Pentadbiran Biden

Ketika ini di Amerika Syarikat sudah wujud satu gerakan separa tentera yang menggelarkan diri mereka sebagai the Boogaloo Bois. Ia merupakan sebuah gerakan bersenjata tidak berpusat yang dianggotai oleh sel-sel dengan ikatan longgar dan bertaburan di seluruh Amerika Syarikat.

Gerakan ini berpaksikan kepada kepercayaan anggota-anggotanya bahawa kerajaan Amerika Syarikat telah menjadi terlalu zalim. Oleh yang demikian, anggota-anggota gerakan ini telah membuat satu kesimpulan bahawa malangnya satu perang saudara kedua tidak dapat dielakkan. Perang saudara kedua ini adalah untuk mendapatkan “kebebasan sebenar”. Gerakan ini menggambarkan perang saudara kedua yang “sempurna berbanding realiti” ini sebagai “the Boogaloo”.

Sel-sel Boogaloo terdiri daripada campuran orang awam dan bekas anggota tentera. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai “boojahideen”, satu perkataan olahan daripada “mujahideen”. The Boogaloo Bois terpaksa menggunakan forum-forum atas talian kelas kedua seperti Reddit, Gab dan Parler kerana platform arus perdana seperti Facebook dan Twitter telah mengharamkan kandungan mereka.

Walau bagaimanapun, gerakan Boogaloo ini tidaklah bersifat perkauman. Tetapi mereka adalah penyokong lantang pandangan condong ke kanan yang lazim dijumpai bahawa rakyat Amerika adalah berhak kepada hak pindaan kedua yang sepenuhnya tanpa terkawal untuk memikul senjata, dibawa secara terbuka dan membentuk militia yang diatur dengan baik.

Boojahideen juga menegaskan yang mereka bukanlah golongan radikal, mencari revolusi yang aman dan akan menendang keluar mana-mana pejuang ketuanan putih yang di dalam “kelompok masyarakat terpinggir” sekiranya mereka cuba untuk menyertai Boojahideen.

Dengan peralihan masuk pentadbiran Joseph R. Biden – Kamala Harris ke dalam Rumah Putih, dinamika baru akan muncul antara gerakan Boogaloo dan kerajaan Amerika Syarikat.

Namun, ahli-ahli Boogaloo masih memegang pendirian yang tegar bahawa warganegara Amerika Syarikat mesti mengekalkan hak-hak pindaan kedua dalam perlembagaan yang tidak boleh dihalang, termasuklah hak untuk membawa senjata api dalam semua keupayaan.

Kemungkinan besar undang-undang kawalan senjata di bawah pentadbiran Biden akan dilihat sebagai “tindakan perang langsung” di mata gerakan Boogaloo.

Walaupun sel Boogaloo kemungkinan akan menyokong keputusan Joe Biden untuk membawa pembaharuan dalam operasi kepolisan, sekatan di bawah pentadbiran Biden terhadap senjata api terpilih kemungkinan akan mencetuskan aktiviti pemberontakan daripada Boojahideen di seluruh negara.

Artikel dirujuk dan disunting daripada https://jamestown.org/program/american-boojahideen-the-boogaloo-bois-blueprint-for-extreme-libertarianism-and-response-to-the-biden-administration/

Leave a Reply

Back to top button