Antarabangsa

Didakwa ‘Jihad Ekonomi’, Pameran Halal Antarabangsa Mumbai Dibatalkan Susulan Bantahan Kumpulan Hindu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MUMBAI, 14 November 2022 – Pameran Halal Antarabangsa yang diadakan di Mumbai terpaksa dibatalkan susulan dakwaan terdapatnya bantahan daripada kumpulan Hindu yang mendakwa acara tersebut sebagai ‘Jihad Ekonomi’.

“Kami memutuskan untuk membatalkan acara itu selepas kami menerima maklumat bahawa beberapa organisasi menentang pameran halal itu. Keputusan itu adalah demi kepentingan undang-undang dan perintah serta kami tidak mahu mengganggu keamanan dan keharmonian,” kata Yusuf Abrahni, Presiden kepada organisasi yang menganjurkan pameran itu, Islam Gymkhana.

Kumpulan Hindu yang dikenali sebagai Janagruti Samiti menuntut pihak berkuasa untuk menghentikan pameran itu atas dakwaan pameran itu adalah sebahagian daripada ‘Jihad Ekonomi’. Bantahan itu turut disertai oleh beberapa organisasi lain diikuti kempen bantahan di media sosial.

Pameran halal yang dijadualkan berlangsung pada 12 dan 13 November kelmarin dan bertempat di Mumbai’s Marine Lines itu menampilkan lebih 100 jenama halal yang terdiri daripada pelbagai jenis produk antaranya makanan dalam tin dan sejuk beku, daging, ayam, makanan laut, produk tenusu, bijirin, kekacang, makanan ringan, buah-buahan, sayur-sayuran, kosmetik serta produk keperluan rumah.

Penganjur turut mempromosikan kewangan tanpa faedah, e-dagang halal, pelancongan halal serta hospital mesra Muslim, lapor sebuah portal berita antarabangsa. https://www.timesnownews.com/mumbai/mumbais-islam-gymkhana-calls-off-international-halal-show-after-objections-article-95367450

Menurut penganjur, sebelum pandemik melanda, pameran seperti pernah dianjurkan tanpa sebarang gangguan.

Pameran seperti itu pernah dianjurkan sebelum ini di bawah naungan Majlis Halal India di mana ia menyediakan sijil halal untuk produk.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: