Antarabangsa

Bom Tangan Hanyut Di Tepi Pantai, Polis Keluarkan Kenyataan Amaran

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

OREGON, 11 Oktober 2022 – Jabatan Polis Bandar Newport, Oregon mengeluarkan kenyataan pada hari Rabu berkenaan tiga bom tangan berasingan yang telah dihanyutkan ke pantai bandar itu pada Selasa.

Dalam pada itu, pihak polis mengeluarkan amaran kepada pengunjung yang datang ke pantai, selain bom tangan tersebut dihanyutkan ke pantai, ia juga berkemungkinan masih boleh meletup.

Tertulis di label peranti tersebut, bom tangan M116A1, berwarna putih dan berbentuk silinder serta “Amaran: Letupan” ditulis pada peranti tersebut dengan huruf merah besar.

Oleh itu, pihak polis juga mengingatkan orang ramai sekiranya terjumpa peranti tersebut supaya melaporkan kepada pihak polis berkenaan penemuan dan lokasi peranti tersebut serta melarang orang ramai mengendalikan atau cuba mengalihkannya sendiri.

Menurut kenyataan, bom tangan M116A1 yang ditemui itu dan biasanya digunakan terutamanya untuk melatih askar kerana ia meniru “bunyi dan kesan medan perang” telah diserahkan kepada pihak tentera udara US untuk siasatan lanjut oleh pihak berkuasa.

Syarikat yang membekalkan peranti tersebut kepada tentera Amerika Syarikat menjelaskan bahawa bom tangan tersebut akan menghasilkan “letupan simulasi” dalam masa enam hingga 12 saat selepas digunakan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: