Antarabangsa

Boikot Muslim, Jangan Beri Gandum, Jangan Beri Mereka Kerja – Yati Narsinghanand

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KASHMIR, 18 Jun 2022 – “Boikot Muslim, jangan berikan mereka sebutir gandum atau sekeping roti dan jangan benarkan mereka bekerja dengan kamu, mereka yang mengatakan bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah dan mereka tidak percaya setiap dewa selain Allah, semua berhala,” tulis satu ciapan di Twitter.

Baru-baru ini, telah tular sebuah rakaman video yang memaparkan Sami Hindutva, Yati Narsinghanand memberikan ucapan boikot Muslim dengan menghalang pengikutnya dari memberikan sebutir gandum mahupun sekeping roti kepada orang Islam.

Katanya menerusi rakaman video tersebut, sekiranya pengikutnya memberikan keperluan tersebut kepada orang Islam, ia akan jadi sebuah pengakhiran dan Hindu akan dimusnahkan.

“Hindu sedang dimusnahkan kerana kamu memberi makan kepada musuh agama.”

“Kamu beri mereka makan, sebab itu agama kamu dimusnahkan,” ujarnya.

Salah seorang daripada pengikutnya turut menyatakan agar usah tawarkan sebarang tawaran pekerjaan kepada orang Islam.

Yati turut menyokong kenyataan tersebut dan menambah agar tidak melakukan sebarang jual beli dengan orang Islam.

“Kamu betul. Kita patut buat itu (boikot Muslim),” tambahnya.

Yati yang juga sekutu dengan Narendra Modi sebelum ini pernah mengeluarkan dakwaan menyatakan bahawa mereka seharusnya belajar daripada China yang mengisytihar Islam sebagai penyakit mental.

Malah, Yati bersama beberapa orang penceramah sebelum ini juga telah melaungkan seruan untuk membunuh dan menyerang tempat ibadat umat Islam di India dalam sebuah sidang kemuncak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: