Tempatan

Boikot: Jualan Nestle Merosot Di Negeri Pantai Timur

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 22 November 2023 – Jualan produk keluaran Nestle di tiga negeri Pantai Timur dilaporkan merosot sebanyak 20 peratus sejak kempen boikot dilaksanakan ke atas jenama itu.

Media tempatan melaporkan, seorang pemborong makanan memberitahu akhbar Cina, Nanyang Siang Pau, jualan untuk minuman Milo, mi segera dan serbuk kopi mengalami penurunan ketara di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Jelasnya, keadaan ini berlaku kerana produk tersebut mempunyai banyak alternatif di pasaran. Walaupun Nestle di Malaysia mempunyai sijil halal dan 90 peratus dihasilkan di Malaysia, ia tetap menerima kesan boikot.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) Malaysia, Ding Hong Sing memberitahu, kempen boikot tidak menjejaskan SME.

“Disebabkan SME jarang membekal kepada jenama besar, maka saya melihat boikot ini mempunyai kesan yang tidak besar, malahan langsung tiada kesan kepada SME.”

Tambahnya, mungkin pengguna beralih kepada jenama lain yang berupaya membantu perkembangan perniagaan tempatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: