Antarabangsa

Boikot IPL Jika India Tidak Mohon Maaf – Pemain Kriket England

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABTU, 11 Jun 2022 – “Jika India tidak memohon maaf atas kenyataan caciannya, saya tidak akan pergi ke India untuk bermain dalam perlawanan lagi, saya juga akan memboikot IPL (Indian Premier League),” demikian kenyataan tegas daripada Pemain Kriket England, Moeen Munir Ali.

Moeen Munir Ali yang diberi gelaranThe Beard That’s Feared’ oleh peminatnya itu juga tanpa ragu-ragu menyatakan bahawa beliau akan merayu kepada saudara seIslamnya untuk melakukan perkara yang sama.

“Dan saya akan merayu kepada saudara seIslam saya untuk melakukan perkara yang sama…”

“Saya Cinta Muhammad SAW.”

BACA: Pemimpin India Hina Nabi: Jangan Harap India Sertai FIFA World Cup Qatar 2022

BACA: #StandWithAfreenFatima : Rumah Gadis Aktivis Muslim Dimusnahkan Rejim Pelampau India

BACA: Sekularisme Tidak Bermaksud Wajar Merendahkan Tuhan-Tuhan Hindu – Geert Wilders

Kenyataan yang berani dan dianggap membanggakan oleh pengguna laman sosial itu tular di Twitter. Salah seorang yang berkongsi kenyataan beliau itu iaitu @MalikShezz dengan hantaran “Bintang England Moeen Ali merespon kenyataan menghina yang dibuat oleh #nupursharma Syabas #MoeenAli”

Ia adalah sebagai respon kepada penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W yang dikeluarkan oleh pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP), Nupur Sharma sewaktu beliau mengulas mengenai isu Masjid Gyanvapi di Varanasi dalam satu rancangan debat berita.

Lantaran daripada kenyataan penghinaan tersebut juga telah menggerakkan NGO-NGO Islam di Malaysia mengadakan himpunan membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW selepas selesai solat Jumaat semalam.

Himpunan tersebut dihadiri oleh wakil-wakil NGO antaranya daripada Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), UMMAH, Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) dan wakil-wakil parti politik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: