Tempatan

BOIKOT BUKAN TINDAKAN PENGGANAS – PPIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menegaskan tindakan memboikot jualan dan pembelian produk yang menyokong rejim Zionis bukan perbuatan pengganas seperti didakwa beberapa pihak.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, PPIM hanya mahu pengguna bijak berbelanja dan tahu ke mana perginya wang mereka disalurkan dalam urusan harian.

“Semua rakan niaga dan ahli PPIM tidak rasa dipaksa atau terbeban dengan tindakan itu, mengapa menuduh kami berbuat keganasan di tanah air sendiri?” katanya.

Nadzim mengulas laporan media yang memetik kenyataan Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad yang tidak setuju dengan tindakan boikot tersebut.

Mohamad Shukri dikatakan menyebut, “Takkan Israel buat ganas maka kita nak mengganas di tempat kita, tidak boleh begitu. kita perlu menunjukkan contoh yang baik.”

Nadzim membidas kenyataan tersebut dan mempersoalkan di manakah tindakan ganas yang dimaksudkan oleh Mohamad Shukri.

“Kita tidak letak senapang di kepala ahli perniagaan PPIM yang memboikot, mereka sokong tindakan ini, adakah Mohamad Shukri menyokong duit pengguna Islam digunakan rejim Zionis untuk membunuh umat Islam di Palestine?,” tanya Nadzim. Adakah membeli produk yang menyokong kepada pembunuhan merupakan akhlak yang baik?

FMT baru-baru ini melaporkan Mufti Kelantan tidak bersetuju tindakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang melancarkan kempen boikot terhadap jenama dikaitkan dengan Israel sebagai solidariti kepada Palestin.

Mohamad Shukri turut mendakwa cara PPIM menyerbu premis untuk memboikot barangan konon pro Israel walaupun dengan niat bersolidariti bertentangan dengan akhlak Islam.

Untuk pengetahuan, PPIM tidak pernah menyerbu premis-premis berkenaan, tetapi mendapat sokongan penuh dari pihak premis yang turut bersama-sama memboikot barangan Pro Israel.

PPIM bersedia bersemuka dengan Datuk Mohamad Shukri bagi membolehkan kami menerangkan dengan lebih lanjut pendekatan yang diambil oleh kami yang sentiasa memilih langkah yang bijaksana dalam menangani isu-isu seumpama ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: