PRU-15

BN Perlu Buat CSA Sekiranya Memilih Kekal Jadi Pembangkang – Lukman Sheriff

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 November 2022 – Peguam, Lukman Sheriff Alias menjelaskan bahawa sekiranya Barisan Nasional (BN) memilih kekal dengan pendirian menjadi pembangkang, gabungan tersebut perlulah mengemukakan Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) yang menjamin bahawa Kerajaan tidak akan jatuh dalam masa yang singkat.

Perkara itu disuarakan beliau menerusi hantaran di Facebooknya semalam, susulan pergolakan politik yang membawa kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak mempunyai banyak pilihan.

Lukman Sheriff turut menegaskan bahawa keperluan CSA untuk tidak menjatuhkan Kerajaan baharu tersebut adalah demi kestabilan negara.

Tambah Lukman Sheriff, orang ramai perlu memahami mengapa penubuhan Kerajaan Minoriti amat berisiko kepada negara.

Menjelaskan lebih terperinci, beliau berkata sekiranya Kerajaan Minoriti ditubuhkan, pada hari pertama Parlimen bersidang sahaja berkemungkinan Kerajaan boleh jatuh kerana Kerajaan Minoriti tersebut kekurangan sokongan dari Ahli Parlimen.

“Nak lantik speaker pun susah. Satu bil undang-undang pun tak boleh diluluskan. Bayangkan budget pun tersangkut. Tak sampai 6 bulan jatuh kerajaan lagi. Sama juga jika lantik hanya PN atau BN.”

Justeru, menjadi tugas YDPA di bawah Perlembagaan untuk memastikan ada majoriti memerintah walaupun Seri Paduka Baginda terpaksa memberi masa sehingga memperoleh majoriti.

Dalam pada itu, pengamal undang-undang Perlembagaan, Abdullah Abdul Rahman menyatakan bahawa Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) adalah model yang terbaik dalam membentuk Kerajaan Minoriti berbanding perjanjian membentuk Kerajaan ‘koalisi’ (campuran) antara parti.

Beliau menambah, ia dapat menjadi wadah penyatu yang lebih sesuai terhadap beberapa perkara ketika setiap parti politik mempunyai prinsip yang berbeza.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: