Tempatan

BMF Belum Gagal, Komuniti Islam Harus Terus Menyokong – Fadzil Hashim

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CYBERJAYA, 19 Mei 2022 – Fadzil Hashim atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil, pengasas bagi Malakat Eco Group mengatakan bahawa Buy Muslim Product (BMF) belum gagal dan ia perlu dijaga bersama berikutan Malakat Mall yang ditutup baru-baru ini di Masjid Tanah.

Malakat Mall Masjid Tanah ditutup baru-baru ini susulan daripada kos sewa yang tinggi selain Mara Inc. ingin mengambil kembali premis mereka.

Penutupan itu menimbulkan sentimen daripada sesetengah pengguna yang menyatakan bahawa kempen BMF tidak sesuai untuk perniagaan kerana teknik pemasarannya hanya fokus kepada BMF sekaligus mengecilkan sasaran pelanggan pasaraya tersebut.

Malah, ada yang mengatakan bahawa Malakat Mall gagal bersaing dari segi harga dan daya saing dalam menetapkan harga barang perlu diberi perhatian.

Menurut pandangan seorang pengguna, niat BMF itu baik tetapi tanggungjawabnya bukan dipikul oleh pasaraya itu sebaliknya pihak badan bukan kerajaan (NGO) yang sepatutnya menjalankan kempen kesedaran tersebut.

Kata Coach Fadzil, BMF yang diperjuangkan oleh badan-badan NGO tidak tertumpu kepada kepentingannya. Sebaliknya, ia tertumpu kepada nilainya di mana sekiranya sesiapa yang mempunyai rasa kecintaan kepada saudara seislamnya, BMF ini seharusnya diwar-warkan selari dengan konsep Nabi Muhammad S.A.W.

Mengulas lanjut, jika ada yang menyatakan BMF ini gagal maka mereka yang mengatakan itu yang menggagalkan. Bahkan, kejayaan BMF ini bergantung kepada kekuatan umatnya.

Sekiranya pasaraya berasaskan BMF ini tidak dibina dari sekarang maka masalah berkenaan makanan tidak halal tidak akan selesai, katanya.

Bukan itu sahaja, beliau juga mengingatkan kepada mereka yang merasakan BMF ini gagal agar tidak usah membawa imej bahawa pejuang BMF ini membenci orang yang tidak beriman.

Justeru, beliau menekankan bahawa BMF ini tidak gagal dan ia merupakan perintah kepada kita untuk menjaga kepentingan umat sekaligus mencipta peluang untuk membuat wang halal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: