Tempatan

Jemaah Haji Malaysia Diiktiraf Paling Berdisiplin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 10 Julai 2023 – Jemaah haji Malaysia diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi sebagai yang paling berdisiplin dan mempunyai sikap baik selain berilmu sepanjang musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Dr Mohd. Na’im Mokhtar.

Ujarnya, perkara ini dibuktikan pada 1 Julai yang lalu apabila Tabung Haji (TH) sekali lagi telah menerima Anugerah Labbaittom bagi Kategori Kepuasan Tertinggi Dalam Perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Urusan Haji oleh Kerajaan Arab Saudi.

BACA JUGA: Pencairan Glasier Cetus Kebakaran Hutan

BACA JUGA: Rosakkan Monumen Purba Colosseum, Pelancong England Bakal Berdepan Hukuman Penjara

BACA JUGA: 100 Ibu Bapa Protes Bantah Pengajaran Bahan LGBT Di Sekolah

Kata Dato’ Dr Mohd Na’im, sistem dan kecekapan pengurusan jemaah haji Malaysia sentiasa diiktiraf sebagai model terbaik di dunia dan merupakan model pengurusan haji yang sering dicontohi oleh masyarakat antarabangsa.

“Antara kriteria dan spesifikasi untuk anugerah ini adalah penerapan teknologi untuk menyelaraskan perkhidmatan yang diberikan kepada jemaah haji, persediaan ibadat dan kursus-kursus haji, peratusan kadar kepuasan jemaah haji dengan perkhidmatan yang ditawarkan, penilaian perkhidmatan yang disediakan sepanjang musim haji serta penilaian persediaan urusan pra-musim haji.”

Pada bulan Februari yang lalu, TH telah memenangi Anugerah Labbaitom untuk Perkhidmatan dan Program Bimbingan Haji Terbaik dalam dunia Islam daripada Kerajaan Arab Saudi dan ia merupakan satu lagi pengiktirafan kepada negara Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: