Antarabangsa

Malapetaka Di Gaza Tidak Setanding Ukraine

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSCOW, 16 Disember 2023 – Presiden Vladimir Putin pada hari Khamis menyifatkan situasi konflik di Semenanjung Gaza sebagai malapetaka yang berlaku pada skala besar yang tidak dapat dibandingkan dengan konflik di Ukraine.

Putin, yang telah mengekalkan hubungan kerajaannya dengan Hamas dan Israel, memberikan komen di atas semasa sidang akhbar di Moscow, ketika campur tangan ketenteraan skala penuhnya terhadap Kyiv menghampiri tempoh dua tahun.

Rusia sejak Februari 2022 secara sistem telah menyasarkan bandar-bandar Ukraine dengan peluru berpandu dan dron dan menduduki kawasan besar di selatan dan timur negara itu berikutan permusuhan yang sengit.

PBB telah berkata bahawa lebih daripada 10,000 orang awam telah terbunuh di Ukraine dan turut  memberi amaran bahawa jumlah sebenar mungkin lebih tinggi.

Manakala, peperangan antara Israel dan Hamas yang kini baru masuk bulan ketiga yang bermula selepas serangan 7 Oktober  telah meninggalkan Gaza yang terkepung dalam runtuhan dan membunuh lebih 18,600 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Menurutnya lagi, semua orang di sini dan di seluruh dunia boleh melihat operasi ketenteraan khas dan apa yang berlaku di Gaza dan pasti dapat merasakan perbezaannya, antara dua konflik ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: