Tempatan

Ahli Politik Dilarang Ajar Agama Islam – MAIS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

SHAH ALAM, 29 Ogos 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memutuskan hanya individu bertauliah sahaja dibenarkan mengadakan kelas atau kuliah agama Islam di semua masjid dan surau di Selangor.

Ahli politik Selangor tidak dibenarkan sama sekali untuk mengajar tentang agama Islam di masjid dan surau negeri Selangor.

“Ini bagi mengelakkan hal menyentuh politik kepartian dan fitnah disebarkan melalui kaedah itu,” tegas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Bagaimanapun, ahli politik yang masih lagi mempunyai tauliah masih dibenarkan mengajar dan mengadakan kuliah sehingga tamat tempoh, namun pembaharuannya tidak akan diberikan.

“Bagi ahli politik yang masih mempunyai tauliah perlu mematuhi beberapa syarat ditetapkan kepada mereka seperti tidak menyentuh isu-isu politik kepartian, mengaitkan individu tertentu dan menyebarkan fitnah,” ujar Amirudin.

“Mereka juga perlu menjaga akhlak dan kemuliaan tempat ibadah seperti surau dan masjid yang juga merupakan pusat ilmu dan dakwah setempat.”

Larangan ini diperkenan oleh Ahli Dewan Diraja Selangor dalam sidang Mesyuarat Dewan Diraja Selangor Yang ke-51 pada 4 Mac 2019 dan sudah dikuatkuasakan sejak 6 April 2021.

Perkara ini dinyatakan ketika sesi pertanyaan lisan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Annex, Khamis lalu.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada tahun 2018 lalu pernah mengeluarkan pekeliling rasmi berhubung larangan menggunakan masjid dan surau untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Setiausaha MAIS, Datuk Bakhtiar Hussin, berkata pekeliling itu dikeluarkan selaras titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku ketua agama Islam negeri berkenaan.

“Jawatankuasa masjid dan surau perlu memastikan khatib solat Jumaat adalah imam lantikan masjid yang menerima tauliah Sultan Selangor atau imam rawatib yang dilantik pihak masjid atau surau solat Jumaat.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: