Tempatan

BKC Fasa 1 06 September Ini

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 02 September 2021 – Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021.

“Saya mengambil maklum isu kelewatan bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos yang lalu. Oleh itu, saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC,” kata Perdana Menteri Ismail Sabri.

“Hari ini (1 September 2021) dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan.”

BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button