Antarabangsa

BJP Langgar Kebebasan Beragama Umat Islam India – Putin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABTU, 11 Jun 2022 – Presiden Rusia Vladimir Putin antara pemimpin dunia yang bangkit bersuara menentang penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W oleh Nupur Sharma sewaktu beliau mengulas mengenai isu Masjid Gyanvapi di Varanasi dalam satu rancangan debat berita.

Tegas Vladimir Putin, penghinaan tersebut adalah bukti pelanggaran kebebasan beragama yang telah diamalkan negara tersebut.

“Penghinaan terhadap Nabi (Muhammad) adalah melanggar kebebasan beragama.”

BACA: Boikot IPL Jika India Tidak Mohon Maaf – Pemain Kriket England

BACA: Haramkan Solat Jumaat, Robohkan Masjid Pakai Bulldozer – Pelampau Hindu

BACA: Kes Lelaki Nikah Kambing: MUI Fatwa Murtad Jika Yakin Pernikahan Sah

Perbuatan tidak bertimbang rasa itu juga sekaligus “Melanggar perasaan suci orang yang mengaku Islam,” jelas beliau yang menyatakan bantahan tersebut ketika sidang akhbar tahunan pada Khamis lalu.

Semalam juga telah berlangsungnya Serahan Memorandum Kepada Kedutaan India di Malaysia dan Himpunan Bantahan Penghinaan Nabi Muhammad S.A.W bertempat di hadapan Pejabat Kedutaan India Malaysia oleh PEMBELA, UMMAH dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).

Walau bagaimanapun, wakil NGO yang terlibat dengan serahan memorandum tersebut merakamkan perasaan kecewa dengan sikap pejabat kedutaan India yang menutup pintu dan tidak meraikan hak kebebasan bersuara seperti yang dilaungkan mereka selama ini.

“Pagi tadi kita telah menghantar, kita telah masuk ke pejabat. Kita dah dibenarkan masuk. Tetapi kedutaan ini, menghalau kita keluar buta-buta! Tidak mahu menerima memo kita! Rakyat dalam negara menghantar secara baik, dihalau macam anjing kurap! Nampak tuan-tuan, biadab mereka ini!” demikian kekecewaan yang dirakamkan Ustaz Masridzi Sat, Presiden PERKID merangkap Naib Presiden Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: