Antarabangsa

BJP India Terima Pakai Undang-Undang Dan Polisi Diskriminasi Orang Islam – HRW

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 28 Mac 2022 – Kerajaan India pimpinan nasionalis Hindu, Parti Bharatiya Janata (BJP) menerima pakai undang-undang dan polisi yang mendiskriminasi golongan minoriti terutama Muslim, lapor Human Rights Watch.

Kegagalan pihak polis untuk bertindak menentang mereka yang melakukan keganasan juga mendorong nasionalis Hindu menyasarkan Muslim dan masyarakat minoriti lain di negara itu.

“Ditambah dengan fitnah dari sesetengah pemimpin BJP terhadap orang Islam dan masyarakat minoriti lain, kegagalan polis untuk bertindak menentang penyokong kerajaan yang melakukan keganasan juga telah mendorong kumpulan nasionalis Hindu untuk menyasarkan ahli komuniti minoriti atau kumpulan masyarakat sivil tanpa hukuman.”

Lapor organisasi itu lagi, kerajaan pimpinan BJP itu juga telah meningkatkan kekerasan mereka terhadap masyarakat sivil dan pihak media.

“Pihak berkuasa mendakwa aktivis, wartawan, penunjuk perasaan aman, dan pengkritik lain atas tuduhan menentang keganasan dan hasutan yang direka. Mereka membubarkan kumpulan-kumpulan hak asasi menggunakan akta pendanaan asing ataupun dakwaan tidak berasas mengenai penyelewangan kewangan.”

Awal Mac lalu, BJP yang diterajui oleh Narendra Modi, berjaya mengukuhkan kuasa sebagai parti pemerintah selepas memenangi 4 daripada 5 buah wilayah dalam Pilihan Raya DUN.

Wilayah-wilayah yang dimenangi BJP adalah Uttar Pradesh, Uttarakhand, Goa dan Manipur.

Aparna Yadav, seorang pemimpin BJP menzahirkan kegembiraannya dengan kemenangan parti itu di Uttar Pradesh dan mendakwa kerajaan Jai Shree Ram akan dibentuk.

Hindu-Muslim-Sikh-Isai Sabke Sab Hein Bhaajpayee. Ini adalah jawapan kepada semua yang memecahbelahkan (negara) atas dasar politik reda dan kasta. Kami sedang membentuk kerajaan dengan ‘Jai Shree Ram‘. Kita tidak boleh mendapatkan kerajaan yang lebih baik daripada ini.”

Jai Shree Ram merupakan ayat bagi memuja sembahan Hindu.

Leave a Reply

Back to top button