Tempatan

AMARAN: Ribut Petir & Angin Kencang Bakal Badai Beberapa Negeri Sehingga Rabu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Julai 2023 – Angin baratan dijangka bertiup kencang di kawasan utara Semenanjung sehingga 5 Julai 2023, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan di portal mereka.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri utara Semenanjung termasuk kawasan perairan negeri-negeri berkenaan dalam tempoh tersebut.”

BACA JUGA: Tragedi Kepala Air Kemaman: Identiti 8 Individu Dikenal Pasti

BACA JUGA: Insiden Bakar Al-Quran Di Sweden: PAS Gesa Malaysia Bertindak Lebih Tegas

BACA JUGA: Hampir 300 Kes Buang Bayi Dalam Tempoh 2 Tahun

“Sementara itu, ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang juga boleh berlaku di Kelantan dan Terengganu pada sebelah petang hingga ke awal malam,” tambah METMalaysia.

Dalam masa sama, jabatan itu juga telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa sehingga 5 Julai 2023.

Oleh itu, orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: