NGO

Ramasamy Tidak Perlu Masuk Campur Hal Pemikiran Majoriti Orang Melayu – SUA PERKASA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Apa yang Melayu telah maju ke depan bagi mereka yang bersetuju dengan perjuangan DAP??? Tunjukkan apa yang maju tu??? Setakat berfikiran liberal dianggap maju???

Kita juga dapat melihat Melayu yang berfikiran liberal bersama perjuangan DAP telah hilang jati diri dalam pertahankan kepentingan Islam dan Melayu.

Apakah Melayu jenis itu bagus kepada masyarakat Melayu? Apakah Melayu menyokong LGBT bagus dan dianggap maju? Apakah Melayu yang bersetuju dengan Malaysia Malaysian DAP itu bagus kepada orang Melayu dan membuktikan Melayu itu telah maju?

Ramasamy sepatutnya tidak menyentuh pasal orang Melayu. Apakah kaum India sudah maju? Jika kita sentuh masalah orang India dia suka tak? Untuk jaga keharmonian negara jangan sentuh hal kaum lain. Kamu jaga hal-hal kaum kamu sahaja.

Jangan mudah kata Melayu terpengaruh dengan hasutan pemimpin-pemimpin Melayu. Kami sendiri boleh melihat dan fikir apa perjuangan sebenar DAP. Lihatlah siapa-siapa yang ada dalam pimpinan tertinggi DAP Pusat, hanya seorang sahaja wakil orang Melayu. Apakah itu kemajuan demokrasi yang DAP maksudkan???

Syed Hassan Syed Ali
Setiausah Agong PERKASA

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: