Tempatan

Usul Tambahan, ROS Jumpa Wakil UMNO Minggu Depan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 29 Januari 2023 – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bakal bertemu dengan wakil UMNO pada minggu hadapan berhubung usul tambahan melibatkan dua jawatan yang tidak dipertanding iaitu presiden dan timbalan presiden yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Ketua Pengarah ROS, Nawardi Saad tidak memperincikan tarikh dan masa pertemuan, malah berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan penuh PAU 2022.

“Setakat hari ini ROS belum lagi menerima laporan penuh (PAU), namun minggu hadapan ROS akan adakan pertemuan dengan UMNO.”

Sehubungan itu, apabila ditanya mengenai perkembangan aduan dua ahli UMNO baru-baru ini, beliau berkata isu itu berada dalam perhatian pihaknya dan siasatan sedang dijalankan.

BACA JUGA: Zaman Pendakwah ‘Pembangkang Kerajaan’ Sudah Tamat – Menteri Agama Saudi

BACA JUGA: ‘Kartel Umrah’ Penyebab Kos Umrah Naik?

BACA JUGA: Barat Nafi Sedang Berperang Dengan Rusia

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan juga memaklumkan bahawa beliau bersama barisan peguam parti akan bertemu ROS tidak lama lagi.

Menurutnya, pertemuan dibuat bagi menjelaskan mengenai proses PAU 2022 dan pengundian yang dijalankan secara teratur mengikut peraturan dan perlembagaan parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyifatkan UMNO sebagai parti terbuka untuk ahlinya membuat aduan kepada ROS sekali gus berharap agar jabatan itu menerima keputusan PAU 2022 sebagai keputusan yang absah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: