Tempatan

Bina Kuil Kawasan Majoriti Melayu: Kerajaan Negeri Beri Kelulusan – Elizabeth Wong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 05 Ogos 2022 – “Semasa pemaju (MK Land) rancang untuk bangunkan kawasan ini, mereka mengemukakan pelan induk kepada Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di mana mereka telah peruntukkan tiga lot tanah untuk rumah ibadat bukan Islam,” kata Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan.

Kata beliau, cadangan pembinaan kuil Hindu di Damansara Damai, Selangor tidak seharusnya dijadikan isu kerana tapak untuk membina rumah ibadat itu telah diperuntukkan oleh pihak pemaju sejak 20 tahun yang lalu.

Kata Elizabeth, tiga lot tanah telah diperuntukkan oleh pihak pemaju, MK Land di Damansara Damai bagi tujuan pembinaan rumah ibadat bukan Islam yang satu daripadanya untuk pembinaan kuil Hindu.

“Memang sudah ada dalam pelan asal Damansara Damai, yang dibuat lebih 20 tahun lalu, malah sebelum kerja-kerja mengorek tanah dimulakan,” kata beliau.

Jelasnya, perkara itu tidak patut diperbesarkan kerana pemilik hartanah di kawasan terbabit sepatutnya mengambil maklum bahawa tanah di Lot 70260, Jalan PJU 10/1 telah diperuntukkan dan diberi kelulusan untuk pembinaan kuil.

Bahkan, jawatankuasa kuil iaitu Persatuan Penganut Dewi Sri Maha Mariamman juga telah memohon kepada Kerajaan Negeri bagi pembinaan kuil berkenaan pada 10 tahun lalu dan mereka juga telah mendapat kelulusan dari pihak terbabit.

Baru-baru ini, cadangan pembinaan kuil di kawasan tersebut tular apabila penduduk di situ menyuarakan bantahan kerana tanah yang dicadangkan itu bersebelahan dengan tapak cadangan sekolah ugama Islam milik Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bantahan itu turut dibuat kerana penduduk menganggap ia akan mengganggu ketenteraman dan keselamatan penduduk.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: