Tempatan

Bina Kuil Haram, Gerakan Terancang Rampas Tanah Guna Sentimen Agama – Zamri Vinoth

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2021 – “Pada pandangan saya ia merupakan satu pencabulan hak kepada pemilik tanah. Ia memberi gambaran seolah-olah ada satu gerakan terancang berusaha untuk merampas tanah milik orang lain dengan menggunakan sentimen agama,” ujar Presiden Skuad Mubaligh Malaysia, Muhammad Zamri Vinoth bin Kalimuthu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu pencerobohan tanah yang berlaku di tanah Yayasan Kubra, Rawang baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan itu berani dilakukan kerana mereka tahu kerajaan kita dari dulu hingga kini lemah dalam mengendalikan isu ini selain ahli politik yang takut hilang undi dan menghalalkan perbuatan haram ini.

“Apa yang jelas, kerana mereka maklum bahawa pihak berkuasa sebelum ini tidak mengenakan tindakan undang-undang ke atas mereka walaupun ianya adalah perbuatan salah di sisi undang-undang iaitu menceroboh tanah milik orang,” ujar Ketua Pegawai Operasi One Centre Malaysia, Perlis ini.

Oleh itu, Zamri Vinoth berpandangan, sudah tiba masanya satu akta baru digubal dengan hukuman yang keras dikenakan ke atas mereka yang suka membina rumah ibadat secara haram di tanah milik kerajaan mahupun milik orang lain.

“Peringatan kepada orang Islam dan Melayu yang suka berlembut tanpa mengira tempat, Islam mengajar kita agar pertahankan hak kita bukan merelakan penjahat merampas hak kita, cukuplah apa yang berlaku di Palestin dan Gaza itu menjadi iktibar untuk kita.”

Justeru, resolusi dari sudut perundangan atau penyelesaian terbaik ialah tindakan tegas, tangkap dan hukum penceroboh serta mereka yang menyokong penceroboh ini walaupun mereka menteri mahupun bekas menteri, kata beliau lagi.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button