Antarabangsa

HRW Seru UK Henti Hantar Senjata Kepada Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 14 Disember 2023 – Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) menggesa kerajaan United Kingdom (UK) untuk menghentikan eksport senjata kepada Israel. Gesaan itu dibuat kerana kebimbangan mereka terhadap salah guna senjata yang digunakan untuk melakukan jenayah perang terhadap rakyat Palestin.

Dalam surat terperinci pada hari Selasa, kumpulan itu berkata bahawa sejak 2015, pihak berkuasa UK telah membenarkan penjualan peralatan ketenteraan kepada Israel bernilai sekurang-kurangnya £474 juta ($595 juta), termasuk komponen untuk pesawat tempur, peluru berpandu dan kereta kebal.

Undang-undang antarabangsa juga telah memperuntukan bahawa kerajaan boleh menghentikan eksport senjata jika terdapat risiko besar bahawa peralatan tersebut akan digunakan dalam pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa atau perundangan hak asasi manusia.

Kumpulan hak asasi manusia itu berkata bahawa sejak 7 Oktober, tentera Israel telah melakukan serangan yang melanggar undang-undang antarabangsa ke atas kemudahan perubatan, bangunan kediaman, konvoi pemindahan, kedai roti, sekolah, infrastruktur air dan elektrik.

Kemudahan PBB yang menyediakan perlindungan untuk penduduk Palestin yang dipindahkan turut diserang dan lebih daripada 52,000 rumah telah musnah dan  menurut angka PBB, lebih daripada 1.9 juta orang kehilangan tempat tinggal.

Menurut surat itu, tentera Israel juga telah menggunakan peluru fosforus putih di Gaza dan tindakan Israel menyekat 2.3 juta penduduk Gaza daripada akses kepada air, makanan, bahan api dan kuasa adalah satu bentuk hukuman kolektif dan merupakan suatu jenayah perang.

Kumpulan itu turut menyatakan bahawa UK berisiko terlibat dalam pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa jika ia gagal menghentikan eksport senjata ke Israel serta-merta.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: