Antarabangsa

Bimbang Perang Dunia Ketiga, Elon Musk Lengah Beli Twitter

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KHAMIS, 08 September 2022 – Elon Musk telah mengatakan bahawa tiada gunanya memiliki Twitter jika dunia sedang menuju kehancuran. Musk mengatakan sedemikian pada Mei lalu melalui sebuah mesej persendirian yang dihantar kepada seorang ahli perbankan dari kumpulan pelaburan Morgan Stanley.

Keseluruhan kejadian tersebut telah diperbahaskan di mahkamah pada Selasa lalu, di mana perbicaraan tersebut adalah sebahagian daripada percubaan Twitter untuk menekan Musk supaya memenuhi janjinya dalam membeli platform tersebut dengan nilai 44 billion USD, menurut laporan Business Insider.

“Mari kita perlahankan (urusniaga) untuk beberapa hari,” memetik kata-kata Musk menerusi mesej tersebut. “Ucapan Putin esok sangat penting. Tiada gunanya beli Twitter jika kita sedang menuju Perang Dunia Ketiga”.

Ucapan Putin yang dimaksudkan adalah sempena sambutan Hari Kemenangan Tahunan Rusia pada 9 Mei.

Musk telah membatalkan urusan untuk membeli Twitter pada Julai lalu dengan dakwaan bahawa beliau telah diberi maklumat yang tidak tepat oleh syarikat tersebut berkenaan jumlah akaun spam yang beroperasi di Twitter.

Manakala pihak Twitter pula kini cuba membuktikan bahawa Musk menarik diri berikutan masalah kewangan peribadi dan beliau patut ditekan bagi meneruskan urusniaga tersebut berdasarkan kontrak yang telah dipersetujui bersama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: