Antarabangsa

Rusia Lapor PBB, Majlis Keselamatan: Ukraine Guna ‘Dirty Bomb’ Adalah Terorisme Nuklear

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KYIV, 26 Oktober 2022 – Rusia mendakwa rancangan Ukraine untuk menggunakan bom kotor iaitu bahan peledak dengan menggunakan campuran material konvensional dan material radioaktif semasa perang menyamai tindakan keganasan nuklear.

“Kami akan menganggap penggunaan bom kotor oleh rejim Kiev sebagai tindakan keganasan nuklear,” kata Duta Besar Rusia Vassily Nebenzia kepada Setiausaha Agung badan dunia Antonio Guterres dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Majlis Keselamatan pada Isnin lalu.

Melalui surat yang ditulisnya, Rusia menggesa PBB untuk menghulurkan bantuan bagi mengelakkan perkara itu terjadi.

“Kami menggesa negara-negara Barat untuk menggunakan pengaruh mereka ke atas rejim di Kyiv untuk meninggalkan rancangan berbahaya yang mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa.”

“Kami juga menyeru Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melakukan segala-galanya dalam kuasanya untuk mengelakkan jenayah kejam ini daripada berlaku.”

Susulan laporan Rusia, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mendakwa tuduhan itu sengaja dicipta untuk menunding kesalahan ke atas Ukraine

Negara-negara Barat yang bersekutu dengan Ukraine juga telah menolak dakwaan Rusia, dengan mendakwa bahawa Rusia cuba untuk meningkatkan konflik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: