Antarabangsa

Belanda Pulangkan 478 Artifak Berharga Kepada Indonesia & Sri Lanka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BELANDA, 09 Julai 2023 – Belanda kini sedang dalam proses memulangkan hasil-hasil seni serta artifak-artifak kebudayaan yang dicuri oleh leluhur penjajah koloni mereka daripada Indonesia dan Sri Lanka.

Kebanyakan barangan yang dipulangkan itu adalah disifatkan sebagai sangat berharga dan sangat bermakna untuk kebudayaan, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Kementerian Kebudayaan Belanda pada Khamis lalu.

BACA JUGA: Fenomena Gelombang Haba, Nasihat Akan Dikeluarkan Jika Suhu Melebihi 37 Darjah Celsius

BACA JUGA: Malaysia Kritik Sikap Pilih Kasih Barat Lindungi Rejim Israel

BACA JUGA: NGO LGBT Cuba Gambarkan Kumpulan Mereka Terancam Di Malaysia

Setiausaha Negara Belanda, Gunay Uslu pula menyifatkan tindakan Belanda itu sebagai sebuah “detik bersejarah”, dengan menyatakan bahawa barangan yang dipulangkan itu “tidak sepatutnya berada di Belanda”.

Keputusan untuk memulangkan sekitar 478 barangan tersebut telah dibuat setelah mengambil kira cadangan-cadangan yang dibuat oleh suruhanjaya yang dilantik oleh pihak kerajaan pada tahun lalu, di mana mereka telah membuat pemerhatian terhadap barangan yang dirampas oleh Belanda secara haram dan dipamerkan di muzium-muzium di negara tersebut.

Suruhanjaya tersebut telah ditubuhkan berdasarkan permintaan Indonesia untuk mengembalikan semula barangan-barangan berharga dan bersejarah yang telah dirampas dan dicuri oleh pihak kolonial Belanda.

Antara barangan yang akan dipulangkan adalah ratusan unit barangan emas, perak serta batu-batuan berharga yang dikenali sebagai ‘Lombok Treasure’, yang telah dirampas oleh tentera kolonial Belanda daripada Lombok pada sekitar 1894.

Manakala meriam Kandy kepunyaan Sri Lanka yang merupakan senjata istiadat, yang dihasilkan daripada tembaga, perak dan emas serta dihiasi dengan batu permata juga akan dipulangkan ke negara asalnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: