Antarabangsa

Bimbang Bangkitkan Syahwat Lelaki, Sekolah Jepun Larang Ikat Tocang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JEPUN, 16 Mac 2022 – Sekolah di Jepun telah menerima kritikan ramai susulan sebuah peraturan yang melarang pelajar perempuan dari mengikat ‘tocang’ rambut kerana bimbang leher yang terdedah akan ‘membangkitkan syahwat’ pelajar lelaki di sana.

Lapor Vice, Motoki Sugiyama, seorang bekas guru sekolah menengah telah mengkritik peraturan-peraturan yang dianggap ‘aneh’ ini.

“Mereka (pentadbiran sekolah) risau budak lelaki akan melihat kepada perempuan (secara tidak elok), alasan yang sama digunakan untuk mereka laksanakan peraturan seluar dalam putih,” ujar Sugiyama.

Terdahulu, pihak sekolah di Jepun telah mengenakan peraturan yang mewajibkan pelajar untuk hanya memakai pakaian dalam berwarna putih atas alasan menangani masalah kacau ganggu seksual di sana.

Lapor NHK, pelajar juga dikehendaki untuk beratur, di mana pihak sekolah akan melakukan ‘spot check’ bagi memastikan pelajar memakai pakaian dalam dengan warna yang ditetapkan.

Tambah Sugiyama lagi, peraturan pakaian sekolah ini berbeza mengikut wilayah di Jepun, namun ia bertujuan untuk memastikan tiada pelajar yang ‘menonjol’ berbanding pelajar lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: