Tempatan

Bila Akidah Dicabar, Pemimpin Islam Ghaib – Hj Aminuddin

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2022 – Apabila akidah umat Islam dicabar, pemimpin Islam seolah-olah ghaib, demikian kekesalan yang dinyatakan Pengerusi PEMBELA, Hj Aminuddin Yahaya menerusi kenyataannya dalam Himpunan Solidariti Pertahan Akidah 3 Mualaf, semalam.

“Apabila akidah dicabar, mereka ghaib tidak nampak batang hidung di sini.”

Baca: Ayah Sendiri Minta Kami Pertahan Keislaman Anak-Anaknya – Mufti Perlis

Baca: Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P Ramasamy

Baca: Perlis Perlu Murtadkan 3 Kanak-Kanak – Ramkarpal

Lebih menyedihkan, apabila melibatkan isu akidah yang merupakan perkara pokok dalam Islam, tidak nampak pemimpin-pemimpin Islam yang dahulunya ketika PRU berkempen menggunakan nama Islam bersuara mengenai isu ini.

Malah, mereka inilah yang memegang polisi negara dan tampuk pemerintahan, namun Hj Aminuddin menyoal di manakah keberadaan mereka.

“Di mana mereka? Cakap berdegar-degar tentang Islam dan Melayu.”

Jelas Hj Aminuddin, orang Melayu tidak pernah menyeksa kaum-kaum lain malah, Malaysia meraikan kepelbagaian kaum yang wujud di negara ini tetapi, sebaliknya hari ini akidah umat Islam dicabar.

“Ini Malaysia, negara Melayu, tanah Melayu. Mana kita pernah seksa orang India, orang Cina, tidak ada. Kita beri lagi kerakyatan, kita bagi lagi tanah, kita bagi lagi peluang meniaga, sekarang akidah kami pula kamu nak cabar!”

“Ini orang kata, beri betis nak peha, kalau ambil peha esok nak apa pula? Kepala?”

Sehubungan dengan itu, Hj Aminuddin menegaskan bahawa pihaknya akan menolak parti-parti politik sekiranya mereka tidak campur tangan dalam isu akidah umat Islam ini.

“Kami NGO-NGO akan berbincang dan berpakat menolak mereka andai mereka tidak melakukan perubahan dalam pendekatan mereka terhadap isu akidah ini,” tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: