Antarabangsa

Biden Dakwa Rusia Akan Serang NATO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 08 Disember 2023 – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah membuat dakwaan bahawa Rusia berkemungkinan boleh melancarkan serangan terhadap NATO, yang mana ianya akan menjadi pemacu kepada konflik global yang melibatkan tentera AS.

Kenyataan tersebut dibuat Biden pada Rabu lalu sewaktu mendesak ahli Kongres untuk meluluskan sebuah bil pakej keselamatan kebangsaan yang bernilai $111 bilion.

Bil tersebut, yang disokong oleh para Demokrat turut melibatkan pendanaan terhadap Ukraine, Israel serta Taiwan.

Biden pada sesi yang sama telah menghentam pihak Republikan yang tidak berpihak untuk menyokong bil tersebut berikutan terdapat pertikaian berkenaan keselamatan di sempadan AS di bahagian Selatan.

Biden menyatakan bahawa jika Putin berjaya mendapatkan Ukraine, beliau (Putin) tidak akan hanya berhenti setakat itu.

Ujarnya lagi, “Jika Putin menyerang sekutu NATO…, ya, kita komited sebagai ahli NATO dan akan mempertahankan setiap inci daripada wilayah NATO”.

Namun pihak Republikan sama sekali tidak berkeyakinan terhadap dakwaan Biden dan bil tersebut kemudiannya gagal mendapat kelulusan Senat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: