Tempatan

Bidang Pertanian Dan Agromakanan Di Sekolah Lahirkan Petani Moden

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 11 Julai 2022 – “Saya berharap koperasi sekolah dapat terbabit dalam aktiviti pertanian dan agromakanan untuk kita bukan sahaja melahirkan golongan usahawan dalam kalangan pelajar, malah mencapai matlamat negara melahirkan golongan petani moden satu hari nanti,” kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Menurut beliau, inisiatif itu juga dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada makanan import sekali gus dapat menyelesaikan isu kenaikan harga barang.

“Antara punca kenaikan harga makanan ialah kebanyakan bekalan makanan kita import. Jika kita boleh keluarkan hasil sendiri, maka kita dapat membantu menyelesaikan masalah kenaikan harga barang,” ujarnya,

Bagi menjayakan inisiatif berkenaan, beliau berkata pihak kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersedia untuk menyalurkan bantuan menerusi geran dan pinjaman mudah kepada sekolah yang berminat untuk aktiviti tersebut.

Bulan lalu, akhbar Utusan pernah melaporkan mengenai projek ‘Agro School’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Lepan Jaya yang dilaksanakan oleh murid-murid, guru dan ibu bapa.

Projek itu bertindak sebagai langkah bagi mengurangkan beban keperluan bekalan makanan setempat selain ia memberi peluang bagi menjana pendapatan.

Bukan itu sahaja, projek itu telah melibatkan penanaman lebih daripada 1,000 sayur-sayuran malah pokok buah-buahan juga ditanam secara berkelompok di tanah terbiar sekolah tersebut.

Baru-baru ini, Premier Sarawak, Abang Johari Openg pernah menyatakan bahawa Malaysia mempunyai tanah yang luas tetapi menghadapi ketidakcukupan bekalan makanan.

“Apabila anda menjadi pengeluar makanan, anda tidak perlu lagi bergantung kepada bekalan makanan import. Dengan cara itu, kita tidak akan terkesan dengan kenaikan harga makanan yang disebabkan oleh konflik global,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: