Tempatan

Bagaimana Pengawal Keselamatan Ada Rekod Jenayah Lampau Diambil Bekerja – Musa Hasan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 18 Mac 2022 – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempertikaikan bagaimana pengawal keselamatan yang mempunyai rekod jenayah lampau boleh terlepas sehingga diambil bekerja.

“Pelik, macam mana boleh terlepas?”

“Sepatutnya apabila sudah dua tahun bekerja dan mempunyai keputusan rekod jenayah lampau, pengawal keselamatan itu perlu diberhentikan serta tidak lagi boleh bekerja,” jelas Tan Sri Musa Hassan.

Selain itu, menurut beliau prosedur pengambilan pekerja memerlukan pihak syarikat keselamatan menyemak rekod pekerja dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekiranya ada rekod jenayah atau tidak sebelum diambil bekerja.

Tan Sri Musa Hassan turut memaklumkan bahawa pegawai dari KDN juga akan memantau di lapangan dan boleh membuat pemeriksaan, namun pemantauan oleh pihak syarikat adalah lebih penting kerana ianya melibatkan pegawai dari syarikat sendiri.

Sehubungan dengan itu, disebabkan syarikat tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dalam membekalkan pegawai keselamatan, syarikat terbabit perlulah mengambil tanggungjawab apabila pekerjanya melakukan sesuatu jenayah ditambah pula dengan sudah mempunyai rekod jenayah lampau.

Pada Sabtu lalu, mayat seorang penyelia kedai buku berusia 25 tahun ditemui dalam keadaan menyayat hati disyaki dibunuh dan dibakar hingga rentung di dalam bilik bengkel kemahiran hidup sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihak polis kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan.

Tambah beliau, pengawal keselamatan yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan cabul dan samun.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar memaklumkan, cubaan memperkosa mangsa dipercayai menjadi motif dan punca wanita tersebut dibunuh sebelum mayatnya dibakar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: