Antarabangsa

Larangan Perkahwinan Sejenis Adalah Berperlembagaan – Mahkamah Jepun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JEPUN, 01 Disember 2022 – Mahkamah Jepun pada Rabu lalu telah memutuskan bahawa undang-undang yang melarang perkahwinan sejenis adalah bertepatan dengan perlembagaan negara mereka.

Keputusan kehakiman tersebut telah membatalkan tuntutan yang dibuat oleh satu pasangan yang sama jantina yang mana mereka mendakwa bahawa undang-undang tersebut telah menyalahi kebebasan untuk berkahwin yang telah dijamin di dalam perlembagaan.

Sebelum ini di Mahkamah Daerah Tokyo, lapan orang plaintif termasuk satu pasangan sama jantina telah menuntut ganti rugi sebanyak $7,200 bagi setiap individu kerana permohonan perkahwinan mereka telah ditolak menurut undang-undang sivil negara itu.

Keputusan ini merupakan kali ketiga bagi isu yang sama yang difailkan sebelum ini di mahkamah-mahkamah daerah lain di Jepun.

Walaupun Mahkamah Daerah Sapporo pada Mac 2021 bahawa kegagalan kerajaan untuk mengesahkan perkahwinan adalah tidak berperlembagaan, namun Mahkamah Daerah Osaka pula telah membuat keputusan pada Jun lalu bahawa larangan perkahwinan sama jantina sama sekali tidak melanggar perlembagaan.

Lapan orang plaintif yang berusia di antara 30 ke 60 tahun itu adalah di antara individu yang sama yang telah memfailkan kes di Sapporo, Tokyo, Osaka, Nagoya dan Fukuoka pada tahun 2019.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: