Tempatan

METMalaysia Ramal Cuaca Baik Pada Waktu Pagi Hari PRU-15

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 November 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan cuaca baik di beberapa negeri, pada hari pengundian, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Sabtu ini.

Menurut laman web METMalaysia, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal bercuaca baik sepanjang hari Sabtu ini.

Di Negeri Sembilan, cuaca diramalkan baik pada waktu pagi dan petang, namun, Rasah, Rembau dan Port Dickson dijangka dilanda ribut petir pada waktu petang.

Negeri Perak, Pahang, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Sarawak, Sabah dan Labuan akan mengalami ribut petir di sebelah petang.

Di Johor pula, kebanyakan kawasan bercuaca baik pada waktu pagi manakala sebahagian lagi akan berdepan dengan ribut petir.

Tambah METMalaysia, kebanyakan kawasan di Negeri Selangor bercuaca baik pada waktu pagi dan petang. Di Kelantan, agensi itu menjangkakan hujan di waktu pagi dan petang di kebanyakan kawasan, begitu juga dengan Terengganu.

Manakala, Melaka pula akan berdepan dengan ribut petir pada waktu pagi, namun, cuaca diramal baik pada sebelah petang.

Selain itu, METMalaysia menyebut, berdasarkan analisis model cuaca, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan tempat di pedalaman dan barat Semenanjung, utara Sarawak serta barat Sabah, terutamanya pada sebelah petang hingga malam, di antara 15 November hingga 21 November ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat cuaca yang terkini dan sahih.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: