Tempatan

Biadap Terhadap Pegawai Imigresen: KPPA Hanya Beri Teguran – JPA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Ogos 2022 – Jabatan Perkhidmatan Awam dalam kenyataan hari ini menegaskan bahawa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah menegur pihak Imigresen di KLIA khususnya pegawai yang terbabit akan ketidakpatuhan amalan dan prosedur di mana pegawai tidak menyemak dokumen perjalanan dan pasport KPPA serta delegasi ke luar negara.

Teguran tersebut tidak dibuat di khalayak ramai malah KPPA hanya menasihatkan pegawai supaya mematuhi peraturan dan membantu menyelesaikan isu-isu sedemikian dengan berhemah, kata JPA dalam satu kenyataan media hari ini.

“Untuk makluman, KPPA telah menegur pihak Imigresen di KLIA khususnya Encik James Lee akan ketidakpatuhan amalan dan prosedur di mana pegawai tidak menyemak dokumen perjalanan dan pasport KPPA serta delegasi ke luar negara.”

“KPPA hanya menasihatkan pegawai supaya mematuhi peraturan dan membantu menyelesaikan isu-isu sedemikian dengan berhemah. Beliau juga mengesyorkan supaya perlunya pihak Imigresen di KLIA meningkatkan pematuhan Prosedur Operasi Piawai (SOP) bagi mengelakkan sebarang ketidakpatuhan Imigresen”

Bagi jabatan itu, segala pertuduhan terhadap Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) adalah tidak berasas dan berniat jahat untuk menjatuhkan imej beliau sebagai pegawai tinggi Kerajaan.

Justeru, mereka mahu perkara ini disiasat sewajarnya oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: