Pendapat

Biadab Terhadap Raja: Siasat Dan Dakwa Mereka Yang Terlibat – Abd Rahman Tajudin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Sesungguhnya Negara kita mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan. Bermakna semua rakyat jelata perlu patuh di bawah pemerintah Raja. Raja merupakan payung kepada negara ini.

Kita mengecam individu-individu yang biadab terhadap Sistem Raja.. kita sarankan agar mereka ini ditahan, disiasat dan didakwa kerana cubaan untuk menghasut agar Raja dihapuskan dengan cara halus dan berperingkat demi peringkat.

Kenyataan-kenyataan seperti ” Sesiapa yang percaya golongan istana itu tidak boleh dipertikaikan kata & perbuatan mereka, bererti dia telah mempertuhankan manusia” sebenarnya membuka pintu untuk orang ramai mengecam dan membenci raja secara halus.

Kita mengecam mereka yang mempertikaikan peranan Istana.
Istana merupakan pusat pemerintahan sebenar yang memiliki pelusuk negara. Ini bermakna YDPA merupakan tuan yang memerintah negara ini.

Individu yang mencadangkan supaya dimuat naik di instagram gambar Permaisuri Perancis terakhir, Marie Antoinette, dipenggal kepalanya dan supaya gambar ini ditag kepada Raja Permaisuri Agong merupakan satu tindakan yang sangat biadab. Mereka yang melakukan hal tersebut perlu dibawa ke muka pengadilan. Hal ini kerana negara ini berdaulat. Apabila berdaulat, ia mempunyai maruah dan ketuanan yang tersendiri yang dipunyai oleh YDPA.

Kita juga mengecam Individu yang melaungkan ayat “Hapuskan Sistem Beraja” (“Abolish the Monarchy”). Ini suatu sifat yang tersangat biadab terhadap Raja-Raja Melayu kita. Sedarkah mereka bahawa Kesultanan Raja ini merupakan manifestasi Jalalullah. Raja merupakan bayangan pemerintahan Ilahi di atas muka dunia ini. Bermakna mereka biadab terhadap Tuhan pencipta alam ini.

Kebiadaban golongan anti- Sistem Raja ini sangat teruk. Mereka berani menggelarkan Raja Permaisuri Agong sebagai “perempuan murahan” malah sanggup menunjukkan isyarat lucah jari tengah kepada Raja Permaisuri Agong.

Kebiadaban ini sangat sukar dimaafkan. Hal ini kerana ia membuka kepada kehancuran negara pada masa hadapan. Jikalau tidak ditangani dengan cepat, ia akan merebak sehingga negara kita akan hancur lebur.

Oleh yang demikian, kami menggesa mereka yang biadab terhadap YDPA dan Permaisuri Agong dibawa ke muka pengadilan. Demikian juga dengan mereka yang membuka ruang untuk Raja-Raja melayu dihina perlu diajar. Hal ini kerana mereka akan meruntuhkan Sistem Perlembagaan Negara ini yang berpaksikan kepada Raja Melayu yang bersumpah mendaulatkan agama Islam di tanah air ini.

Abd Rahman Tajudin ialah Felo Pusat Advokasi Naratif Pencegahan Ekstremism Agama (CONCAVE) di Islamic and Strategic Studies Institute (ISSI).

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: