Tempatan

Majoriti Golongan B40 Mengalami Masalah Kesihatan Mental

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2022 – Masalah kesihatan mental rakyat Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan apabila majoritinya berada dalam golongan B40, menurut kajian PlusVibes Group.

Menurut kajian itu, 2.7 peratus adalah daripada golongan B40 dan diikuti oleh golongan M40 sebanyak 1.7 peratus seterusnya T20 sebanyak 0.5 peratus.

Lapornya, susulan penyebaran wabak pandemik COVID-19 pada tahun 2019, kehidupan normal manusia berubah dan berpotensi untuk mempengaruhi kesihatan mental terutamanya mereka dalam kalangan generasi muda negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Plus Vibes Group, Madiha Fuad berkata tindak balas individu terhadap tekanan bergantung kepada latar belakang, sokongan sosial yang wujud, keadaan kewangan, latar belakang kesihatan dan emosi serta faktor komuniti sekeliling.

Mengulas lanjut, berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019, hampir setengah juta rakyat negara ini yang berada dalam kategori dewasa didapati mengalami simptom tekanan atau depresi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: