Antarabangsa

Bersaing Dengan Media Rusia Dan China, BBC Minta Lebih Banyak Dana

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 03 Jun 2024 – Badan penyiaran Britain, BBC telah membuat permohonan terhadap kerajaan mereka untuk memperoleh lebih banyak dana bagi penyiaran World Service mereka dalam usaha persaingan dengan badan penyiaran antarabangsa lain.

Permintaan BBC itu telah mendapat sokongan oleh sebuah NGO perniagaan bagi TV, radio dan penyiaran digital, Association for International Broadcasting (AIB).

Dalam proses pengisian Call for Evidence bagi parlimen United Kingdom (UK), rangkaian media tersebut telah menyuarakan kebimbangan mereka mengenai pesaing mereka seperti Russian Times yang telah berkembang dengan pesat di Afrika serta telah membina kelompok peminat di seluruh Timur Tengah dan Afrika Utara, disebabkan dana besar yang diperolehi mereka.

BBC juga turut menyuarakan pandangan tentang penyiaran China, CGTN yang mana media tersebut beroperasi dengan perbelanjaan sekitar 5 ke 8 bilion pound, yang mana turut mengalami perkembangan di beberapa negara baharu terutamanya di Afrika dan Amerika Latin.

BBC turut membuat penghujahan bahawa banyak negara lain sedang bertindak balas terhadap perkembangan pesat para penyiar Rusia dan China, dengan membuat pelaburan yang besar di dalam rangkaian berita mereka. Justeru, UK juga seharusnya mengikut rentak yang sama jika ingin terus bersaing.

Manakala AIB yang turut memfailkan Call for Evidence juga menyuarakan kebimbangan mereka tentang perkara yang sama yang berkaitan dengan perkembangan penyiaran Rusia dan China serta belanjawan yang diperolehi oleh kedua negara tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: