Tempatan

Bersabit Hukuman, Darjah Kebesaran Najib Dan Rosmah Ditarik Balik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 September: “Atas sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap Dato’ Sri Najib Tun Razak, keahlian beliau sebagai penyandang Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) Kelas Pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri dan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) Kelas Kedua yang membawa gelaran Dato’ adalah ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada 12 September 2022,” demikian kenyataan media dari Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Haji Haris bin Kasim, hari ini.

306599573_124886883652101_5766654095235371927_n.jpg?resize=240%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1306352435_448994170588161_1059416734967182093_n.jpg?resize=240%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

Dalam masa yang sama, gelaran Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Dato’ Sri Najib Tun Razak, yang dikurniakan Keahlian Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri pada tahun 2005 juga ditarik balik dan dibatalkan pada hari ini.

“Penarikan balik dan pembatalan keahlian in selaras dengan kuasa prerogatif Baginda di bawah Perkara XXXXVIII dan Perkara XXXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 serta Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di Negeri Selangor,” tegas Dato’ Haji Haris lagi.

Pada 23 Ogos lalu, mantan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Manakala, pada 1 September baru-baru ini, Mahkamah Tinggi mendapati Datin Seri Rosmah Mansor bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Rosmah Mansor diperintah membela diri pada 18 Februari 2021 terhadap tiga tuduhan rasuah selepas Mohamed Zaini memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: