Berperanan Dana Perdagangan Utama, Yuan Kini Atasi Euro
CHINA, 21 November 2023 – Syarikat-syarikat antarabangsa kini sedang mengaut keuntungan menerusi bon-bon yang didominasi oleh yuan.
Syarikat-syarikat yang sama juga kini sedang membuat pinjaman dengan jumlah yang banyak daripada para peminjam China dengan kadar faedah yang rendah, pada masa di mana kos yang melibatkan penggunaan bank-bank Barat kini adalah sangat tinggi.
Perkara tersebut telah dilaporkan oleh agensi berita Reuters pada Jumaat lalu. Menurut laporan yang sama juga, syarikat-syarikat serta bank-bank antarabangsa kini sedang meningkatkan jumlah rekod tunai menerusi bon ‘panda’ serta bon ‘dim sum’ China yang didominasi oleh Yuan.
Agensi berita tersebut turut menyatakan bahawa peningkatan pasaran pinjaman China telah menjadikan yuan kini sebagai matawang kedua terbesar dunia dalam matawang dana perdagangan yang mana ianya kini telah berjaya mengatasi euro.
Perkembangan ini telah menzahirkan impian China untuk memperkasakan pegangan yuan dalam dana antarabangsa.
Menurut laporan yang sama, Bank Negara Kanada telah memperolehi 1 bilion yuan ($138.6 bilion) pada Oktober lalu, hasil daripada jualan sebuah bon panda dengan kupon pada 3.2 peratus, sewaktu kadar faedah domestic berada pada kadar 4.5 peratus.
People Bank of China (PBOC) juga sedang menggalakkan bank-bank untuk memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat antarabangsa dan telah membenarkan lebih banyak penggunaan yuan di luar China.