Tempatan

Berpakat Dengan ‘Waris Sulu’ Merupakan Pengkhianatan Terhadap Kedaulatan & Keselamatan Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Jun 2023 – Tindakan menggugat kedaulatan dan keselamatan negara dengan berpakat dengan ‘waris Sulu’ adalah sebuah jenayah yang serius sebagaimana yang dijelaskan oleh peguam, Haniff Khatri Abdulla.

Menurut Haniff, mana-mana pihak yang melakukan jenayah tersebut hendaklah diambil tindakan yang sepatutnya.

BACA JUGA: Ladang Durian Haram: Beri Lesen ‘Kegilaan Melampau’, Warga Raub Digesa Bantah!

BACA JUGA: Tasik Chini Kekal Status Rizab Biosfera UNESCO

BACA JUGA: Kerajaan Pahang Tanggung Baki Kos Perubatan Adik Athif

Sebelum ini, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan bahawa pihak Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan berdasarkan undang-undang jenayah yang sedia ada terhadap mana-mana pihak termasuklah warga Malaysia yang memberikan sebarang bentuk sokongan atau bantuan atau berpakat dengan penuntut Sulu.

Menurut Anwar, pihak polis telah memulakan proses penyiasatan terhadap penuntut Sulu, penimbang tara dan pihak-pihak lain yang berkaitan di bawah Seksyen 124K Kanun Keseksaan kerana perbuatan sabotaj.

Menurut Haniff, di bawah seksyen tersebut, sesiapa sahaja yang melakukan sabotaj dengan sebarang niat, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung, boleh dihukum dengan hukuman penjara seumur hidup.

Seorang lagi peguam, Datuk M. Reza Hassan juga menyatakan bahawa hukuman penjara seumur hidup adalah sewajarnya bagi mereka yang sewenang-wenangnya mencabar kedaulatan dan keselamatan negara.

Beliau turut menyifatkan keputusan Kerajaan untuk mengenakan tindakan undang-undang jenayah terhadap mana-mana pihak yang memberikan sebarang bentuk sokongan terhadap penuntut Sulu sebagai satu tindakan Kerajaan yang tepat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: