Antarabangsa

Bermodalkan Pemanasan Global, AS Buat Untung Pinjaman Negara Miskin – Reuters

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 23 Mei 2024 – Sebuah program yang kononnya bertujuan membantu negara-negara membangun dalam menghadapi kesan-kesan perubahan iklim telah dilaporkan menghasilkan keuntungan besar bagi beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS).

Perkara tersebut telah didedahkan oleh media Reuters menerusi sebuah laporan yang telah diterbitkan pada Rabu lalu.

Laporan tersebut menyatakan bahawa keuntungan tersebut adalah bermula daripada sebuah janji bagi menyediakan sejumlah $100 bilion setahun bagi membantu negara-negara miskin berhadapan dengan perubahan iklim dan memulakan beberapa projek dalam usaha mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.

Laporan yang memetik data daripada analisa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta sebuah organisasi ekonomi, Organization for Economic Cooperation and Development (OECD) itu turut menyatakan bahawa negara-negara “penyumbang” itu telah memperoleh kembali wang yang dikeluarkan bagi program-program perubahan iklim itu berserta dengan keuntungan yang berjumlah berbilion dolar.

Negara-negara “penyumbang” seperti AS, Jepun, Jerman serta beberapa negara lain telah membuat keuntungan dengan cara melanjutkan pinjaman dengan mengikut kadar pasaran.

Sebahagian daripada mereka juga membuat keuntungan dengan memastikan negara penerima dana untuk mengupah syarikat-syarikat daripada negara “penyumbang” bagi menjalankan projek-projek yang berkaitan.

Janji-janji pendanaan sedemikian telah dimulakan pada tahun 2009, yang mana ianya sepatutnya bertujuan untuk membantu negara-negara miskin yang telah terkesan dengan perubahan iklim.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: