Tempatan

Berlaku Penjajahan Perubahan Polisi Negara Melalui Geran Penyelidikan Luar – Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Jun 2023 – “Penjajahan sekarang bukan lagi fizikal. Ia boleh berlaku melalui perubahan polisi-polisi sesebuah negara yang dibuat melalui kajian-kajian yang ada di antaranya tidak bebas atau not independent kerana geran penyelidikan datang dari luar.”

Hal ini kerana, pihak pemberi dana tahu, iklim dunia akademia kini bergantung kepada tajaan penyelidikan dari pihak luar,” jelas Pengerusi Bersama MACSA, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keperluan menghentikan sebarang bentuk penerimaan dana dari kuasa asing kerana ia bertentangan dengan Seksyen 19(2) Akta SUHAKAM.

Malah, wajar penerimaan dana asing dari pentadbiran yang lepas hendaklah diumumkan dan didedahkan serta dipertanggungjawabkan.

Justeru, penyelidik yang amanah perlu tahu bahawa mereka bebas dan sepatutnya tidak terikat dengan objektif yang telah TERLEBIH DAHULU ditetapkan oleh pihak asing.

Tambahan, Akta SUHAKAM sendiri telah pun “foresee” atau menjangkakan perkara ini boleh berlaku, kerana itu klausa ini dimasukkan. Hatta, jika dana itu dibuat atas nama pendidikan dan kesedaran (educational and awareness) sekalipun, ia tidak boleh melanggar etika kajian seperti tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat atau secara terus-terang melanggar undang-undang negara.

“Kajian Kebolehmungkinan Pengiktirafan Gender Ketiga di Malaysia adalah satu contoh kajian yang mempunyai isu etika yang serius,” tegasnya.

Beliau berkata, “Research is not a license to simply do anything. Research has its ethics and is very well connected to local values.”

(“Penyelidikan bukanlah lesen untuk melakukan apa sahaja. Penyelidikan mempunyai etikanya dan sangat berkaitan dengan nilai-nilai tempatan.”)

Barisan Pesuruhjaya Baru Yang Dilantik Lebih Baik Dari Sebelumnya

Menyentuh soal perjalanan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dengan barisan Pesuruhjaya baru yang dilantik sejak setahun lalu beliau berpandangan ia adalah lebih baik dari sebelumnya. Lebih banyak sesi libat urus dengan NGO Islam.

“Memang ada perbezaan, apabila kita lihat pintu lebih terbuka kepada NGO-NGO Islam untuk mengemukakan pandangan kepada pihak Pesuruhjaya SUHAKAM,” katanya.

Tambah beliau, ini sebahagian rekod pertemuan dan penglibatan ahli-ahli MACSA bersama kepimpinan baru SUHAKAM antaranya; Kunjungan Hormat MACSA ke SUHAKAM (28 Julai 2022). Kemudian, Seminar on Universalism VS Relativism In The Context of Monitoring Human Rights In Malaysia kerjasama dengan SUHAKAM (22 Mac 2023). Termasuklah Bengkel Literasi Peranan Masyarakat Dalam Proses Pemantauan Hak Asasi Manusia Zon Sabah dengan Ucaptama oleh Profesor Datuk Dr Rahmat pada (3 Oktober 2022). Selain, Jemputan Majlis Makan Tengah Hari Oleh SUHAKAM pada (11 Januari 2023) yang lalu. MASCA turut menerima Jemputan ke sesi “Dialog Bersama Pekerja dan Persatuan Pekerja Ekonomi Gig Melibatkan E-Panggilan dan P-Panggilan:Isu dan Cabaran Semasa” dengan SUHAKAM bersama-sama Badan Bukan Kerajaan(NGO) yang lain pada (1 Mac 2023) yang lalu.

Ditanya, benarkah HAM yang diperjuangkan oleh SUHAKAM, mesti mengikut acuan tempatan, terikat dengan Akta SUHAKAM yang tidak boleh bertentangan dengan Perlembagaan Negara?

Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar menjelaskan, hak asasi acuan setempat bukan bermakna kita menolak SETIAP pendekatan dari Barat. Jika ada yang kita boleh perbaiki, kita akan perbaiki. Tetapi acuan setempat menetapkan SEMPADAN bagi konsep hak asasi yang tidak selaras dengan agama dan budaya kita. Contoh: kita tidak menyokong seruan kepada hak pengiktirafan LGBT.

Naratif Songsang Yang Cuba Diterapkan: Jika Ikut Islam Tidak “Universal”

Tambah beliau, ada satu naratif songsang yang cuba diterapkan, bahawa jika kita mengikut acuan setempat contohnya Islam, ia bermakna kita tidak menerima nilai “universal”. Ini salah.

Walhal, sebelum adanya UDHR 1948, Islam telah pun ada di merata ceruk dunia kerana sifat universalnya. Muslim terdiri dari pelbagai bangsa tidak kira warna kulit dan lain-lain.

Sebaliknya, LGBT (yang dikatakan universal) adalah satu bentuk acuan yang datang dari tempat lain.

Dalam hal ini, kita ambil contoh Resolusi 1719 dalam tahun 2011 yang dibuat di Geneva. Negara-negara yang merupakan ahli Majlis Hak Asasi dari Amerika Latin, blok-blok Eropah, dan US sendiri mencadangkan kepelbagaian orientasi seks dan identiti gender (termasuk transgender, non-binary).

Maka jelas, ini acuan mereka, bukan acuan kita!” ujarnya.

Oleh kerana itu, Malaysia dan 18 lagi negara yang menganggotai Human Rights Council waktu itu membantah dan menolak.

Sebab itu tiada yang “universal” dalam konsep pengiktirafan LGBT, tambahan pula LGBT masih terpalit dengan kadar HIV yang tinggi maka empati sebenar adalah menolak seramai mungkin dari terjebak dengan gaya hidup ini, bukan menerima tanpa bimbingan.

Negara Berkiblatkan “Universalism” Sinonim Cetus Peperangan Dan Penjajahan

Ditanya, perlukah dihentikan segera sebarang usaha untuk menggagalkan fungsi SUHAKAM dan tekanan kepada SUHAKAM untuk tidak mengikut acuan HAM tempatan?

Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, seperti yang telah diterangkan, apabila MACSA mengadakan Seminar Relativism vs Universalism bersama UIA, SUHAKAM dan UID SEJAHTERA, kita melihat banyak lagi konsep-konsep yang penting yang jarang diperkatakan oleh mereka yang berhaluan kiri (liberal) seperti Kedaulatan Negara (State sovereignty) atau Westphalia sovereignty yang sangat penting apabila kita bercakap tentang undang-undang antarabangsa.

Tambah beliau lagi, setiap negara (nation-state) mempunyai kedaulatan ke atas wilayahnya dan hal-ehwal domestik bebas dari tekanan asing.

Anehnya, negara-negara yang agresif menyeru kepada hak asasi dengan segala sifat universalisme (yang menurut acuan mereka), adalah juga negara-negara yang sinonim mencetuskan peperangan dan menjajah negara-negara lain, yang gagal menghormati state sovereignty orang lain,”ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: