Tempatan

Berlaku Kesilapan Undi SOSMA – Speaker Dewan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Telah berlaku kesilapan dalam kiraan undian usul Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), berikut merupakan kenyataan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Kesilapan tersebut adalah apabila undi oleh ahli parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh, dikira sebagai tidak hadir sedangkan beliau hadir dan telah mengundi setuju dengan usul yang dikemukakan.

Kesilapan tersebut telah dimaklumkan oleh Datuk Seri Salim Sharif, Ahli Parlimen Jempol, yang juga merupakan individu bertanggungjawab sebagai penghitung undi.

“Beliau yang merupakan penghitung undi bagi blok D1 memaklumkan telah terkhilaf menandakan Yang Berhormat Besut (Datuk Seri Idris Jusoh) tidak hadir dalam senarai undi walaupun sebenarnya Yang Berhormat Besut hadir semasa undian.” Jelas Tan Sri Azhar, seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Hasil daripada kekhilafan tersebut adalah bilangan yang bersetuju dengan usul tersebut meningkat kepada 85 bersetuju, menjadikannya hanya satu undi di belakang undi tidak bersetuju.

Leave a Reply

Back to top button