Antarabangsa

Duit Cukai Lebur Hampir RM1 Juta Jemput Ratu Pondan Ke Sekolah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 15 Jun 2022 – Lebih $200,000 (RM1 juta) dana pembayar cukai digunakan untuk menghantar Ratu Pondan ke sekolah-sekolah di New York bagi mengadakan sesi penceritaan kepada kanak-kanak tentang kecelaruan jantina menerusi Drag Queen Story Hour (DQSH).

Sesi penceritaan yang menggunakan Ratu Pondan itu bagaimanapun tidak mendapat persetujuan daripada ibu bapa pelajar dan ia berada luar daripada pengetahuan mereka.

Lapor New York Post, organisasi itu telah menerima sebanyak $46,000 daripada kontrak bersama pihak bandar bagi membuat penampilan di sekolah, festival jalanan dan perpustakaan.

“Saya tidak percaya. Saya terkejut.”

“Saya akan marah jika dia terdedah tanpa kebenaran saya. Ini bukan sebahagian daripada kurikulum,” kata ibu kepada seorang pelajar di Sekolah Menengah Manhattan yang juga calon Dewan Undangan Negeri, Helen Qiu.

Sejak 2018, organisasi itu telah menerima sebanyak $207,000 daripada wang pembayar cukai termasuk $50,000 daripada Majlis Seni New York dan $157,000 daripada Jabatan Pendidikan, Hal Ehwal Kebudayaan, Belia dan Pembangunan Masyarakat serta Jabatan Pengangkutan.

“Saya sedang mempertimbangkan untuk menarik balik pembiayaan kepada mana-mana sekolah di daerah saya yang melaksanakan Drag Queen Story Hour.”

“Kita ambil ratusan ribu dolar daripada pembayar cukai yang bekerja keras bagi membiayai program pengajaran kanak-kanak tentang kecelaruan jantina? Jangan berlaku di hadapan saya,” kata ahli Majlis Bandaraya, Vickie Paladino.

Drag Queen Story Hour (DQSH) tersebut merupakan organisasi yang menggunakan Ratu Pondan sebagai pencerita kepada kanak-kanak di perpustakaan, sekolah dan kedai buku. Ia dipercayai menggalakkan kanak-kanak untuk membuang pandangan stereotaip terhadap kecelaruan jantina dengan memandang positif kepada golongan homoseksual tersebut tanpa segan silu.

Dr Elana Fishbein, pengasas dan presiden bagi kumpulan konservatif No Left Turn in Education turut menyelar penampilan Ratu Pondan di sekolah itu dan melabelkannya seperti tidak menghiraukan keperluan sebenar pelajar.

“Mendedahkan kanak-kanak kepada Ratu Pondan di sekolah tidak lain adalah penyalahgunaan kuasa untuk tujuan menseksualkan kanak-kanak,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: