BERJASA Bantah Jalan Temiang Ditukar Nama Kepada Pengasas DAP
1. Parti BERJASA Malaysia (BERJASA) membantah keputusan Mesyuarat Exco Negeri Sembilan yang memutuskan pertukaran nama Jalan Temiang kepada Jalan Dr. Chen Man Hin bersempena nama mendiang Chen Man Hin, yang juga adalah pengasas DAP.
2. BERJASA berpendapat tidak ada keperluan pertukaran nama jalan tersebut kepada nama mendiang dan pertukaran ini tidak signifikan dengan semangat Malaysia Madani yang dicanangkan Perdana Menteri. Tindakan ini dilihat hanya tindakan populis untuk menormalisasikan dan mempromosikan ideologi DAP yang memperjuangkan ideologi sekular di Malaysia.
3. BERJASA berpendapat lebih ramai tokoh politik setempat yang membangunkan Negeri Sembilan lebih layak untuk diabadikan sebagai nama jalan, malah nama pejuang-pejuang terdahulu juga sangat ramai yang lebih layak diingati dan dijadikan contoh ikutan.
4. BERJASA menyeru Kerajaan Negeri Sembilan menilai semula keputusan ini dan mengambilkira pendapat dan sensitiviti masyarakat setempat sebelum perlaksanaan keputusan ini.
Sekian.
“Kepimpinan Baharu Malaysia” “Bersama Pimpin Negara
Mohd Hamdan Mohd Sharif
Ketua Penerangan Parti BERJASA Malaysia
Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my